Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seramai 160,000 penunjuk perasaan berhimpun di pusat bandar Paris hari ini bagi membantah perubahan dalam sektor awam yang diumumkan oleh Presiden Emmanuel Macron.
Kira-kira 2,000 anggota keselamatan termasuk polis ditempatkan sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku insiden serupa seperti yang berlaku pada 1 Mei lalu.
Jurucakap kerajaan, Benjamin Griveaux melahirkan kebimbangan semalam bahawa bantahan itu boleh bertukar menjadi ganas bila-bila masa sahaja.
“Kami khuatir berlakunya keganasan, maka langkah keselamatan akan dipertingkatkan,” ujar Griveaux. - AFP
5 Mei 2018 - 18:19
News ID: 892189
Seramai 160,000 penunjuk perasaan berhimpun di pusat bandar Paris hari ini bagi membantah perubahan dalam sektor awam yang diumumkan oleh Presiden Emmanuel Macron.